Wednesday, April 23, 2008

CaKeS




Black Forest Cake
1 kg = RM 40.00
1.5 kg = RM 60.00






Fruit Flan Cake
1 kg = RM 40.00
1.5 kg = RM 60.00


Peach Cake
1 kg = RM 40.00
1.5 kg = RM 60.00



Mango Cake
1 kg = RM 40.00
1.5 kg = 60.00


Fruit Flan Cake with Favorite Picture
1 kg = RM 40.00
1.5 kg = RM 60.00


Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh di emailkan ke
anny_suraya@yahoo.com. Harga boleh dirunding. Cara bayaran dan penghantaran akan di emailkan secara detail apabila tempahan dibuat.



Monday, April 21, 2008

My BeLoVeD BroTheR

Kamaluddin Bin Sallehudin
23 Julai 1977 - 29 April 2008


Wednesday, April 2, 2008

Kota Kinabalu, Sabah (22-25 Mac 2008)

Bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah lagi.....Kali ni kami pegi 5 org. Sekali dgn Nonabu, Munni & Boy. Sronok sgt percutian kali ni. Shopping sakan. Shopping apa???? Apa lagi.... Kristal & Mutiara Sabah lah. Jom tengok gambar2 yang sempat dirakam....


Mcm biasalah...naik flight kena bergambar dulu. Brand new Airbus milik AirAsia.

Munni & Nonabu. Boy ntah dok dgn awek mana. Tak dapat dikesan.

Mendarat aje di KK, terus check in di Hotel Daya. Letak aje beg kami terus ke lokasi pertama kami....apa lagi....syurga mutiara dan kristal lah. Dah tak sabar2 lagi dah nak menghabiskan duit yang dibawa. Ekekekeke.

Hubby masih mampu lagi tersenyum sebab baru 1st time menunggu kami berjam2 memborong pearls & kristal. Kasi chance kami borong lah konon. Tapi jangan tak tahu....setiap hari i dgn nonabu singgah kedai ni & spend berjam2 utk pilih barang2. Sampai bengang la hubby, munni & boy terpaksa menunggu kami keluar dari kedai tu.....

Lepas shopping kami singgah di Pasar Petang bersebelahan dgn Philipine Market. I order ABC sebab hampir sume gerai kat sana ada jual ABC. Mcm ada sthg yg special je dgn ABC di KK ni. Nak tau apa yg specialnya ABC di KK berbanding dgn ABC di Semenanjung????? Cuba tengok betul2 gambar tu.....ada nampak makaroni tak? Wakakakaka. So lain kali kalau pegi KK jangan lupa try ABC makaroni ya.....

Ini gambar di Sunday Market di Gaya Street. Kat Sunday Market ni bukan aje ada jual pearl & kristal tapi everything....ayam, itik, anjing, arnab, hamster, pokok bunga, pokok buah2an, kuih, kopi, pakaian, barangan diperbuat daripada rotan, alat muzik, barangan antik dan mcm2 lagi. Tak percaya???? Bila pegi nanti tengok sendiri ok.

Lagi gambar di Sunday Market yang bermula pukul 6.30 pagi hingga 1 petang.

Pemandangan biasa di kaki lima shop lots.

Yang ini pula di atas jambatan pejalan kaki.


Otai2 sedang berjalan menuju ke Pasar Besar KK.

Pasar Besar KK.


Cakap aje nak apa....semuanya ada!!!!!!!!!

Buah Avocado yang sukar kita jumpa di Semenanjung tapi berlambak kat KK.

Nak beli Jambu Merah? Pilih ajelah buah apa yang nak. Tak perlu risau tentang harga. Yang pasti harga buah memang murah kat sini. Tak percaya cuba tengok....Jambu Merah RM3 aje sekilo, Betik RM1.80 sekilo...

Avocado RM4 aje sekilo. Apa lagi??? Boronglah 10 kilo!!!!

Ehem...ehem...yang ni tak jual ek....

Bas Mini yang sangat popular di KK. Tambangnya pun murah.


Yang ini i tak tahu Pasar apa tapi depa dok jual sayur2an. Yang kaler putih bentuk segi empat mcm bantal tu tauhu depa. Keras...tak lembut mcm tauhu biasa. Boleh diparut g2.

Ha...yang ini pula Pasar Ikan Masin. Bejuta2 jenis ikan masin ada. Nak yang mana?

Yang hubby i dok tunjuk ni katanya perut ikan yang di buat ikan masin. Harga seikat aje RM250 tau. Don't play2 ha...

Pemandangan biasa sekitar Pasar Philipine. Tukang jahit lelaki yang medominasi kerja menjahit baju.


Kedai Kristal yang terdapat di dalam Pasar Philipine.

Cuba tengok muka hubby i....da boring la dok tunggu org pompuan yang tak jemu2 borong mutiara & kristal. Yang sorg lagi dok sms suruh keluar cepat dari Pasar Philipine tu. Dah tak larat nak tunggu tengah2 panas.

Uiks...i ada di luar...disamping hubby i. Habis tu sape yg hilang??? Sape yang dok borong tak sudah2 lagi tu...????? Ekekeke....

Naik Bus Mini ke Tg. Aru tambangnya cuma RM1.50 seorg. Memang sengaja i bawa depa ni ke sini sebab ada sthg special yg i nk belanja depa makan. Surprise....

Muka boring dan penat setelah berjam2 shopping. Masa shopping tak terasa...bila dah dok brehat mcm ni barula terasa sakit sana...sakit sini...

Napa plak dgn hubby tersayang ni....dok tunjuk apa tu bang...??? tak dengar ar....

Ha... inilah yg i nk belanja depa....minum air avocado & makan sayap ayam madu. Sodaaaaapppp...!!!! Tapi maaf la, tak sempat nak ambik gambar sayap ayam dah tinggal tulang aje. Ekekekekeke.

Hm...dah selesai. Kenyang perut suka hati....

Nilah kedai yg jual sayap ayam dan fresh avocado jus yg sedap tu. Harganya pun murah. Sayap ayam= RM 1.50 sekeping. Fresh Avocado gelas kecil = RM 2.00, giant glass= RM 3.00.

Posing time....Boy....

Munni...

Love Birds....cuba perhatikan tangan kiri i. Tak puas minum fresh avocado...i tapau lagi bawa balik....sodap sgt2.

Jom kita ke Pulau2 yang Indah di Sabah...Naik bot dari Jesselton Point (Pelabuhan). Kalau nak ke 1 pulau= RM16, 2 pulau= RM26, 3 pulau=RM36, 4 pulau=RM46 sorg tambah insurans RM6 sorg. We all pegi 2 pulau je. Agak mahal juga bayaran yang dikenakan. Tu belum tambah charge RM3 yang dikenakan utk masuk ke Taman Tunku Abdul Rahman bila sampai di sana nanti. Kami pilih utk snokling so peralatan snokling (life jacket & googles) RM20.








Pulau Manukan.

Tak terkata kami bila melihat airnya yg jernih dan ikan2 yg jinak seolah2 menyambut kehsdiran kami beramai2 di jeti Pulau Manukan.



Ikan Todak pun ada.

Pemandangan Resort di Pulau Manukan.

Jeti Pulau Manukan.


Cantikkan....pemandangan tau bukan orgnye....ekekekeke.


Pintu Masuk Pulau Manukan.


Bayaran yang dikenakan utk masuk ke Taman Tunku Abdul Rahman.

Ada tempat yang sangat indah dan nyaman dengan haruman aromaterapi disediakan untuk pengunjung berehat.

Kedai Cendarahati....

Tempat yang kami pilih utk berkelah.


Cantikkan...pemandangan dan juga orangnya....



Kesan peninggalan Perang Dunia Kedua.

Pos sebelum menaiki bot ke Pulau Sapi.


Sekali lagi ikan2 menyambut kedatangan kami di Pulau Sapi.



Pulau Sapi.


Di Pulau Sapi ni ada disediakan bilik mandi utk pengunjung membersihkan diri dan menukar pakaian sebelum balik semula ke pelabuhan atau terus ke belakang pasar untuk sambung shopping..............

Kembar yang tak seiras dan tak sekepala. Wakakakaka.

Posing depan Mercu tanda Kota Kinabalu..... Ikan Todak g2.


Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur sempat juga kami singgah ke Pasar Ikan KK. Lihatlah....betapa besarnya ikan2 yg dijual di sini.





Memang seronok tak terkata percutian ke Kota Kinabalu kali ni. Memang habis duit beribu ringgit tapi yang lebih penting adalah kepuasan, keseronokan dan kebahagiaan yang kami peroleh sepanjang di sana. Banyak pengalaman baru yang mengajar kami erti hidup di tempat org. Sabah Negeri Di Bawah Bayu memang menjanjikan sesuatu yang istimewa bagi pengunjungnya. InsyaAllah jika dizinkan kami akan ke Kota Kinabalu sekali lagi bulan Julai sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke4.