Wednesday, October 31, 2007

Gambar Kahwin











































Melaka (29-30 Oktober 2007)

Ha..kali ni kami bercuti ke Melaka. Sempatlah melawat Bandar Hilir. Banyak betul perubahan yang berlaku compared to last time i pergi Melaka. Semakin cantik pemandangan di tourist sport.

Tiang bendera dimana kali pertama bendera Malaysia di naikkan setelah pengumuman kemerdekaan diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman.


Muzium Bersejarah Melaka



Kota A' Famosa


Beca yang dihias cantik memukau hati para pelancong untuk mencuba sesuatu yang baru. Bagi yang berminat boleh lah mengelilingi bandar Melaka dengan menaiki beca. Tambang dikira mengikut jam.

Loving Couples...Nasib baik ada pelancong Korea yang baik hati sudi snapkan gambar ni. Kalau tak terpaksa snap sendiri aje. Balik-balik posing yang sama je. Ekekeke.

Lagi pemandangan menarik Kota A' Famosa dan Gereja St. Paul.

Gereja St. Paul yang terletak di atas bukit. Kalau teringin nak mendaki ke puncak make sure tak pakai kasut tumit tinggi atau skirt sendat. Tersiksa jiwa raga kang.

Posing dengan meriam zaman penjajahan British.


Jeng...jeng...jeng... ni hubby tersayang nak mendaki tangga ke Gereja St. Paul. Tercungap2 juga lah nak sampai kat atas tu.


Ni pemandangan Bandar Melaka dari atas bukit Gereja St. Paul.


Pemandangan di sebelah kanan pula...


Closeup Kota A'Famosa.


Batu nisan yang terdapat di dalam Gereja St. Paul.




Pintu masuk gereja yang masih kukuh walaupun telah dimamah usia. Actually, Gereja St. Paul dibina pada tahun 1521 oleh Duarto Coelho dan diruntuhkan sewaktu penjajahan Belanda pada 1745. so hanya sebahagian daripada gereja ini yang masih tinggal sehingga kini.


Lagi pemandangan bandar Melaka dari atas bukit. Kerja2 menambak laut sedang giat dijalankan. Tak lama lagi akan luas lagilah bandar Melaka ni ek.


Yang inilah patung St. Paul.


Menara loceng Gereja St. Paul.


Apa lagi... posing snap gambar sendirilah...


Ini jelah yang tinggal... replika kereta lembu. Nak naik kereta lembu yang betul dah tak de kat Bandar Hilir ni.


Kapal pejuang zaman British.


Kereta Bomba zaman dulu2. Kaler kuning gitu...



Keretapi enjin steam.


Wajah baru Dataran Pahlawan. Macam2 ada. Kat bahagian bawah ada shopping complex, fast food restoren & kedai2 yang menjual pelbagai jenis cenderamata.


Yang ini pula Food Court yang baru kat Bandar Hilir. Kalau singgah ke Food Court ni jangan lupa try test Cendol Durian yang dijual dengan harga RM 3.50. Sedap!!! Tapi kalau nak yang lagi sedap... try Cendol Durian kat Food Court Jaya Jusco, Melaka Hilir. Ada 1 gerai yang memang jual minuman yang jarang kita jumpa di kL. Bukan saje cendol durian, ABC durian, soursoup, kiwi dan macam2 lagi ada. Gerenti sedap punya. Tak percaya... cubalah sendiri.


Jalan punya jalan terjumpa lak abang ni. Macam plik je cara dia tukan. Tertanya2 gak apa sebenarnya yang dilakukan tu. Rupa2 nya tu cara menangkap udang. Hm...


Ni teknik2 dia.



Cian hubby tersayang dah penat drive. Apa taknya dari pagi sampai ke petang kami ronda.


Yang ini pula bersantai di tepi Pantai Tg. Bidara. Betul2 depan resort yang kami duduk, Bidara Puteri Beach Resort, Melaka. Sebelum ni ianya dikenali sebagai Mutiara Melacca Beach Resort. Resort nii baru diambil alih oleh pengurusan baru. Kerja2 pengubahsuaian masih dijalankan.

Cantikkan pemandangan di sini.


Tenang dan damai.


Kalau bernasib baik boleh lah beli ikan2 segar dari nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan. Macam2 ikan ada. Ikan tenggiri, Ikan duri, Ikan pari, Ikan kembong, Ikan Selar Kuning dll lagi. Harganya pun murah kalau nak dibandingkan dengan harga di kL. Tapi yang penting FRESH!!!! bukannya beku macam yang kita beli di supermarket. Rasa isi ikannya pon lain... manis2 gitu...


Ha.. nilah swimming pool & cafe kat resort ni.


Pemandanagn Pantai Tg. Bidara dari Studio Suite, Bidara Puteri Beach Resort, Melaka. Yang nun jauh tu pelantar minyak Petronas lah tu.


Parking lot resort ni memang banyak. Ada tennis Court juga. Kedai Seafood pon dekat2 aje. Jalan kaki aje pon boleh sampai.

Inilah bilik yang kami... Studio Suite gitu... Jangan jeles....

Ruang tamu...

Kitchen & dining area. Resort ni ok. Tapi kalau nak betol2 selesa dok kat sini kena p selepas kerja2 pengubahsuaian & menaik taraf selesai. Kami p FOC je atas jemputan sebagai penceramah. Ekekeke.