Thursday, February 21, 2008

Hands-on Kek Dan Pastri Bersama Chef Anuar

Chef Mohd. Anuar Draman. Kagum sungguh i dengan Chef kelahiran Marang, Terengganu ni. Bersemangat sungguh chef mengajar dengan harapan ilmu yang dicurahkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk berjaya. Tak lupa juga tips2 berguna yang amat praktikal untuk students. Sepanjang kelas mulutnya tak lekang dari cerita suka duka coretan hidup dan pengalamannya hingga mencapai ranking Chef no.3 di Malaysia.

Orangnya humble. Ilmu penuh di dada. Tak pernah sombong, kedekut / sorok ilmu. Student yang datang kerana terpaksa pon boleh jadi jatuh cinta dengan kelas Chef Anuar. Kesungguhan chef mencurah ilmu dari pagi hingga ke lewat malam dengan bersungguh2 tanpa jemu dan putus asa memberi semangat baru untuk bangkit dan berjaya dalam hidup.

Senda gurau, gelak tawa tak pernah lekang dari bibir semua peserta yang hadir. Kelas yang penuh dengan fun & enjoyment. Walaupon terasa berat hati untuk berpisah dengan hubby selama 6 hari namun hasilnya sungguh berbaloi. Masa berlaku sepantas kilat dengan keletah chef yang pandai mengambil hati studentnya. Betullah kata org: "Tak kenal maka tak cinta".

Berbekalkan azam dan semangat yang tinggi untuk lebih berjaya dalam hidup aku pulang ke pangkuan hubby yang tercinta. Masih terbayang lagi senyuman gembira & bangga hubby melihat hasil kerja tangan ku selama 6 hari di kelas Chef Anuar. Tak sia2 rasanya usahaku untuk join Kelas Kek & Pastri Chef Anuar walaupon terpaksa mengorbankan sedikit duit & cuti rehat tahunan. Semua itu hanya sebesar kuman jika dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang diperoleh.

Kepada Chef Anuar:
Jutaan terima kasih untuk segalanya. Semoga usaha Chef untuk terus berbakti dan berkongsi ilmu diberkati dan dirahmati Allah. I solute u, I respect u with all my heart.

Kepada Hubby Tercinta:
Thanks a lot kerana mengizinkan syg join kursus ni. Terima kasih juga kerana sudi hantar & jemput syg di Port Dickson. Sokongan serta galakan yang abg berikan selama ini amat berharga buat syg. Setiap kejayaan yang syg capai hari ini adalah kerana abg yang berdiri teguh di belakang syg. Jika tidak...tentu sudah lama syg rebah menyembah bumi. Harapan syg agar abg akan terus kekal bersama syg untuk meraikan kejayaan yang bakal kita peroleh seterusnya... selamanya....

Untuk diri ku sendiri:
Bangkitlah...lihatlah peluang yang luas terbentang di depan mata. Gandakan usaha dan amalkan segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Chef. Sesungguhnya usaha tanpa berputus asa pasti akan membuahkan hasil yang lumayan. Semoga kejayaan milik kita bersama...abg.


My group photo.
Dari kiri: K. Ain, Chef Anuar, K. Lina & Me.


Group Resipi.Net (RN)

Gambar kenangan dengan Chef yang sungguh baik hati dan ternama di Malaysia.

Walaupon penat melayan kerenah student, setiap request untuk bergambar tak pernah chef hampakan. Lihatlah...walaupon ketika itu pkul 11.00 malam chef tetap murah dengan senyuman untuk pose menarik bersama studentnya.

Hasil tangan Chef Anuar. Fruit Tartlet.

Apple Crumble Pie

Cream Puff & Eclair

Cream Caramel

Nestum Delight Cookies

Chocolate Rossette Cookies

Crispy Hazelnut Cookies

Fresh Fruit Flan

American Cheese Cake

Strawberry Fresh Cream Cake

Mocca Butter Cream Cake

Walnut Brownies

Opera Cake

Ice Cream Cake

Ice Cream Cake Slice

Swiss Roll

Sliced Cake

Gum Paste Cake Deco

Red Bean Bun

Tocang Lima

Roti Twist & Roti Sosej

Cherry Delight Bakery Group Photo

Usik mengusik dan gelak tawa adalah lumrah dalam kelas Chef Anuar.

Sempat lagi Chef berposing sambil menyapu appricot jelfix pada Fruit Tartlet.

Hasil tangan i....cantik x? Oklah kan for a beginner. First time buat tau...cantik kiut miut g2.

Ha...yang ni kek yang i deco sendiri. Sebab tak cukup bahan terpaksalah i guna fresh cream untuk tulisan tu. Maklumlah student ramai...masing2 nak tunjuk skill sampai habis sume bahan yang chef sediakan. Actually kek ni i dedicate kan untuk Hubby i yang sambut birthday pada 28/1/08. Happy Belated Birthday Darling....!!!